Asah Kemahiran Anda dengan Program IT Pembiayaan Penuh!

Skim Yayasan Peneraju bagi tahun 2025 disasarkan kepada mereka yang mempunyai minat, bakat dan bercita-cita tinggi dalam bidang Informasi Teknologi (IT).

Kursus IT Infosyte akan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Peneraju. Skim ini menawarkan halatuju kerjaya yang lebih jelas dalam bidang Pengkomputeran Awam, Keselamatan Siber, Analitik Data, Rangkaian dan sebagainya, dengan tujuan untuk memperkasakan pelajar dalam bidang ekonomi digital.

Kenapa Pilih Program Ini?

Direka khas untuk warganegara Bumiputera

Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang ingin memulakan kerjaya mereka dalam bidang IT atau mereka yang ingin meluaskan pemahaman dan kemahiran dalam bidang ini.

Kursus adalah di bawah pembiayaan Yayasan Peneraju

Dana bagi kursus anda akan disalurkan secara langsung oleh Yayasan Peneraju. Anda juga boleh mendaftar kursus yang sesuai mengikut keperluan anda.

Pelbagai bidang kursus yang boleh dipilih

Pelbagai kursus yang ditawarkan terutamanya kursus dari bidang Pengkomputeran Awam, Keselamatan Siber, Analitik Data, Rangkaian dan Kecerdasan Buatan.

Tiada kadar faedah

Tiada kadar faedah dicaj di atas skim pembiayaan ini bagi membolehkan anda untuk lebih fokus terhadap pembelajaran.

Kursus yang dikendalikan oleh Infosyte

Siapa Yang Boleh Memohon?

Cara Permohonan?

1

Mohon dengan Infosyte

  1. Pilih Kursus
    Cari Infosyte di www.peneraju.org, pilih sijil yang anda minat.

  2. Serahkan Permohonan Anda
    Setelah tentukan sijil yang diminati, hubungi kami melalui Whatsapp untuk penyerahan permohonan.

  3. Terima Surat Tawaran Anda
    Anda akan menerima surat tawaran rasmi dari Infosyte.

2

Mohon melalui Yayasan Peneraju

  1. Daftar Akaun Anda
    Daftar di www.peneraju.org dan sahkan e-mel anda.
  2. Log Masuk & Mulakan Permohonan Anda
    • Click tab ‘Services‘
    • Pilih ‘Apply Financing‘
  3. Pilih Pakej
    Pilih pakej pembiayaan yang bersesuaian.
    *** Lihat surat tawaran yang telah diberi oleh Infosyte untuk rujukan
  4. Isi Borang Permohonan & Muat Naik Dokumen
    Isi borang mengikut maklumat dari surat tawaran dan muat naik dokumen ‘Certified True Copy’ (CTC) yang diperlukan.
    CTC Dokumen Wajib:
    • NRIC (Depan & Belakang)
    • Surat Beranak
    • Penyata Bank

    CTC Dokumen (jika berkenaan):

    • Slip Gaji Terkini
    • Slip SPM atau setara
    • Transkrip Akademik
  5. Hantar Permohonan Anda & Tunggu Keputusan 
    • Setelah hantar permohonan, anda akan menerima e-mel pengesahan dari Yayasan Peneraju.
    • Sekiranya permohonan ditolak, penerangan lanjut akan diberi oleh Yayasan Peneraju. Semakan dan pembetulan permohonan boleh dilakukan di www.peneraju.org.
    • Sekiranya permohonan diluluskan, e-mel pemberitahuan akan diberi oleh Yayasan Peneraju beserta penerangan bagi tindakan yang selanjutnya.
3

Terima Terma dan Syarat dari Yayasan Peneraju

  1. Lengkapkan ‘Letter of Offer’ (LO) dan ‘Education Financing Scheme Agreement’ (EFSA)
    • Log masuk www.peneraju.org dan klik ‘Application’ di ikon profil anda.
    • Klik permohonan anda (yang disertai dengan no. ID) untuk memuat turun dan melengkapkan dokumen-dokumen yang berkenaan.
    • Maklumat lanjut (mengenai cara pengisian dokumen, dsb.) boleh dirujuk melalui garis panduan yang telah disediakan oleh Yayasan Peneraju di ruang yang sama. *** Sila pastikan anda mempunyai Penjamin yang menepati syarat untuk menandatangani‘Guarantee Letter’ (SEMUA pakej pembiayaan adalah terlibat termasuk ‘Silver Financing’)
  2. Hantar Dokumen Lengkap & Tunggu Keputusan
    • Sekiranya dokumen berkenaan ditolak, penerangan lanjut akan diberi oleh Yayasan Peneraju melalui e-mel.
    • Sekiranya diterima, anda akan dimaklumkan oleh Yayasan Peneraju melalui e-mel. Sila maklum kepada pihak Infosyte untuk tindakan selanjutnya.
4

Proses Pembayaran

'DISBURSEMENT (CLAIM-AND-PAY)'

  1. Dapatkan Invois Anda
    Maklumkan kepada kami setelah status permohonan anda bertukar ‘Accepted’ untuk kami menyediakan invois bagi tuntutan bayaran anda yang selanjutnya.
  2. Hantar Tuntutan Anda
    • Log masuk www.peneraju.org, klik tab ‘Services’ dan pilih ‘Submit Claim’.
    • Klik ‘New’ untuk memulakan tuntutan anda.
    • Paparan ‘Payment Type’ akan muncul. Klik ‘Disbursement’.
      *** Jangan ‘tick’ di ruang kenyataan ‘Final Claim’ semasa anda membuat tuntutan untuk KALI PERTAMA. Ini akan menyukarkan anda untuk membuat tuntutan baru di masa hadapan.
    • Klik ‘Add New Item’ untuk membuat tuntutan.
    • Di paparan ‘Claim Form’:
      • Pilih ‘Tuition Fee’ di ruang ‘Claim Type’.
      • Isikan maklumat yang selanjutnya di ruang yang lain mengikut invois yang diberi.
      • Sila lampirkan surat tawaran dari kami di ruang ‘Supporting Documents’.
    • Setelah selesai, tekan ‘Submit’ sehingga status tuntutan anda bertukar menjadi ‘Pending’.
  3. Buat Bayaran
    • Anda akan menerima wang dari Yayasan Peneraju di akaun bank anda yang didaftar.
    • Buat pembayaran kepada kami mengikut maklumat akaun bank kami yang telah diberikan di dalam invois.
  4. Hantar Resit Bayaran
    Setelah membuat bayaran kepada kami, lampirkan dan hantar resit bayaran berkenaan di ruang ‘Submit Claim’ seperti yang dimaklumkan di langkah B.
5

Anda Boleh Menghadiri Kelas Kami Sekarang!

Kenapa Infosyte?

Soalan Lazim (FAQ)

Proses Pendaftaran

1. Bilakah saya boleh memohon?

Anda boleh memohon di portal peneraju.org secara serta-merta selepas menerima surat tawaran daripada Infosyte (ALTI), sebelum anda boleh memulakan kelas.

Ya, anda boleh memohon latihan dan pensijilan kursus dengan kami di talian 012-6412009.

Tidak. Anda hanya boleh memohon kursus yang disenaraikan di portal peneraju.org/courses untuk melayakkan anda mendapat skim biasiswa ini.

E-mel pengesahan kelulusan permohonan dana anda akan diberi oleh Yayasan Peneraju dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan anda berjaya dihantar. Namun, tempoh pengesahan berkenaan berkemungkinan untuk mengambil masa lebih dari 21 hari bekerja semasa puncak musim permohonan. Anda boleh menyemak status permohonan terkini anda di peneraju.org.

Proses Pembiayaan

1. Apakah peringkat skim pembiayaan Yayasan Peneraju yang ditawarkan oleh Infosyte?

Infosyte menawarkan skim pembiayaan peringkat Silver di mana anda boleh menerima dana sebanyak RM 15,000.00. Dana ini adalah one-time financing option dengan 0% kadar bayaran balik.

*** Jika anda gagal di dalam peperiksaan, anda harus menggunakan duit sendiri untuk menduduki semula peperiksaan berkenaan.

Permohonan harus diserahkan melalui portal peneraju.org dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh invois yang dikeluarkan oleh Infosyte. Bukti pembayaran (resit) pula harus diserahkan kepada Yayasan Peneraju melalui portal peneraju.org dalam masa 10 hari bekerja.
Dana akan disalurkan dalam masa 10 hari bekerja ke dalam akaun bank anda yang telah didaftarkan selepas penyerahan tuntutan melalui portal peneraju.org disahkan lengkap. Jika tuntutan dibuat selepas 5:30 petang, dana akan diproses pada hari bekerja seterusnya.

Ya. Anda akan menerima notifikasi sebab-sebab tuntutan anda ditolak. Anda perlu membuat semula proses tuntutan.

(Contoh sebab tuntutan ditolak: Dokumen tidak lengkap, Tarikh invois/ resit melebihi tempoh tarikh tuntutan, Item yang dituntut tidak tertakluk dalam skim pembiayaan, Maklumat tidak tepat, Kadar tuntutan melebihi kadar skim pembiayaan yang diluluskan oleh Yayasan Peneraju)

Anda Sudah Bersedia?

Terokai program, mohon kursus pilihan anda dan ambil langkah pertama menuju kerjaya anda.